Sunday, June 14, 2009

CAROTENOID

Apa makanan yang tinggi-carotenoid boleh lakukan untuk anda?
1. Melindungi sel daripada kesan pemusnahan "Free Radical"
2. Sumber Vitamin A
3. Meningkatkan fungsi sistem imunisasi
4. Membetulkan fungsi organ tubuh

Sumber yang mengandungi carotenoid adalah lobak, kentang, bayam, tomato dan lain-lain sayuran. Cara yang terbaik untuk mengekalkan kandungan carotenoid ialah dengan mengambil sayuran ini secara mentah.


APAKAH CAROTENOID?

Carotenoid adalah sekumpulan pigment (warna) yang membentuk warna sayur-sayuran. Kumpulan ini yang membentuk warna merah, kuning dan orange kepada kebanyakan sayur-sayuran dan buah-buahan juga boleh diperolehi di dalam sayur-sayuran berwarna hijau pekat. Kebanyakan diet carotenoid adalah terdiri daripada beta-carotene, alpha-carotene, gamma-carotene, lycopene, lutein, beta-crpytoxanthin, zeaxanthin, and astaxanthin.



BAGAIMANA IA BERFUNGSI?

APAKAH FUNGSI CAROTENOID?

1. Mencegah kekurangan Vitamin A.

Sehingga lewat abad ke-20, fungsi carotenoid hanya dibincangkan mengenai potensinya terhadap aktiviti Vitamin A. Sebahagian keluarga carotenoid, lebih kurang 50 daripada 600 carotenoid yang diketahui, dipanggil unsur "provitamin A" kerana tubuh manusia akan menukarkan mereka kepada retinol, iaitu bentuk vitamin A yang aktif.

Oleh itu, sumber yang mengandungi carotenoid menghalang kekurangan Vitamin A. Antara carotenoid yang digunakan untuk carotenoid provitamin A ialah beta-carotene, alpha-carotene, and beta-cryptoxanthin.

2. Anti-oksida dan meningkatkan activity Imunisasi.

Kebelakangan ini, carotenoids telah diberi perhatian kerana berpotensi sebagai unsur anti-kanser dan anti-penuaan. Carotenoid adalah anti-okida yang kuat, menghalang kerosakan sel badan yang disebabkan oleh "free radical". Carotenoids, dan secara khususnya beta-carotene, dipercayai dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh.

3. Menggalakkan komunikasi sel tubuh

Selain sebagai anti-oksida dan meningkatkan sistem imunisasi, carotenoid juga menunjukkan potensi untuk meningkat komunikasi di antara sel tubuh. Para pengkaji percaya komunikasi yang kurang baik di antara sel menyebabkan pembentukan sel yang berlebihan, yang akhirnya boleh menyebabkan kanser. Dengan menggalakkan komunikasi di antara sel, carotenoid berguna sebagai agen pencegahan kanser.

Dipercayai juga carotenoid membantu meningkatkan kesuburan wanita. Beta-carotene paling banyak dijumpai di "corpus luteum" di dalam tubuh menunjukkan kepentingannya di dalam kesuburan wanita.



SIMPTOM KEKURANGAN CAROTENOID

Apakah simptom kekurangan carotenoid?

Kurang pengambilan carotenoid dalam jangka masa yang lama boleh menyebabkan penyakit kronik seperti penyakit berkaitan kardiovaskular (CVD) / jantung dan pelbagai kanser. Kurang pengambilan carotenoid boleh menyebabkan tubuh mudah dirosakkan oleh "free radical" dengan merosakkan tisu dan meningkatkan risiko kedua-dua penyakit krnik ini.



KESAN MASAKAN, PENYIMPANAN DAN PEMPROSESAN

Bagaimana kesan memasak, menyimpan atau memproses terhadap carotenoids?

Dalam sesuatu kes, memasak dapat meningkatkan kesan carotenoids di dalam makanan. Contohnya, Lycopene dari tomato bertambah apabila diproses pada suhu tinggi. Yang mana memudahkan tubuh untuk menyerap lycopene daripada tomato jus atau tomato yang telah ditinkan daripada tomato mentah. Dan, dengan mengukus sedikit lobak dan bayam, dapat membantu tubuh menyerap carotenoid daripadanya.

Bagaimanapun, adalah penting untuk mengetahui, memasak yang berlebihan boleh mengurangkan kewujudan carotenoid dengan menukar bentuk carotenoid.



MASALAH KESIHATAN

Apakah keadaan kesihatan yang memerlukan lebih penumpuan terhadap carotenoid?

Carotenoid dapat memainkan peranan dalam pencegahan / penyembuhan / mengurangkan kesan penyakit berikut:-

Acquired Immunodeficiency Syndrome (AIDS)
Age-related macular degeneration (AMD)
Angina pectoris
Asthma
Cataracts
Cervical cancer
Cervical dysplasia
Chlamydial infection
Heart disease
Laryngeal cancer (cancer of the larynx)
Lung cancer
Male and female infertility
Osteoarthritis
Photosensitivity
Pneumonia
Prostate cancer
Rheumatoid arthritis
Skin cancer
Vaginal candidiasis
Form in Dietary Supplements

No comments:

Post a Comment